Pas dakwa sikap rasis DAP semakin ketara selepas PRU14

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Pas mendakwa sikap rasis DAP semakin ketara setelah menang dalam PRU14 dan menduduki beberapa jawatan serta kementerian penting dalam kerajaan.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, banyak tindakan politik yang dilakukan sengaja mencetuskan sentimen perkauman.

Menurutnya, rasa kurang senang rakyat terhadap sikap rasis DAP kini semakin meningkat menyebabkan veteran parti itu, Lim Kit Siang cuba mengelirukan rakyat dengan membawa pelbagai dakwaan baharu bertujuan untuk menutup kelemahan mereka.

"Pelbagai dakwaan baharu dibuat Kit Siang untuk menutup sikap rasis DAP dan beberapa kelemahan yang dilakukan oleh pemimpin mereka dalam kerajaan terutama melibatkan anaknya, Lim Guan Eng.

"Ini termasuklah dakwaan berkenaan rayuan Pas untuk mendapatkan sokongan DAP bagi melantik Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. Pas tidak pernah cadangkan nama Abdul Hadi. Kit Siang menipu dan membuat kesimpulan sendiri berdasarkan situasi genting ketika PRU13 lalu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, umum mengetahui bagaimana sikap DAP yang mengaku demokratik, sebaliknya lantang menyekat hak dan kebebasan Pas untuk menjulang agenda Islam yang diperjuangkan selama ini.

"Contohnya ketika Pas mahu meminda Akta 355 dan bantahan terhadap pengharaman arak. Perkara-perkara tersebut membawa kepada campur tangan DAP dalam pemilihan Ahli Jawatakuasa Kerja Pas pada 2015," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!