Buku dipinjam perlu dikuarantin 72 jam

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang (PPAPP) menetapkan buku yang dipinjam akan dikuarantin selama 72 jam sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko jangkitan koronavirus (Covid-19).
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang (PPAPP) menetapkan buku yang dipinjam akan dikuarantin selama 72 jam sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko jangkitan koronavirus (Covid-19).
A
A
A

BUTTERWORTH - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang (PPAPP) menetapkan buku yang dipinjam akan dikuarantin selama 72 jam sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko jangkitan koronavirus (Covid-19).

PPAPP dalam kenyataan hari ini berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac lepas, PPAPP telah menutup operasinya dan kembali beroperasi pada 13 Mei lepas dengan melaksanakan pelbagai inisiatif dalam norma baharu sebagai pematuhan kepada SOP bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

"Sejak bulan Mei hingga Jun, sebanyak 15,667 orang pengunjung direkodkan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB). Bagaimanapun, penggunaan perkhidmatan secara dalam talian di Hub Digital@PPAPP meningkat secara mendadak iaitu sebanyak 60 peratus," katanya.

Menurut kenyataan itu, PPAPP turut memperkenalkan 'Projek Mr Read Delivery' untuk tujuan peminjaman bahan bagi mereka yang berisiko tinggi sekiranya berada di tempat awam.

Katanya, tempahan yang dibuat dalam talian akan dihantar ke perpustakaan berhampiran sebelum diambil sendiri oleh peminjam.

"Sekiranya peminjam ingin penghantaran secara terus ke rumah, caj akan dikenakan dengan kadar berpatutan. PPAPP juga mengehadkan bilangan pengunjung daripada 500 kepada 100 orang dalam satu-satu masa dengan menggunakan nombor giliran serta meletakkan tanda jarakkan sosial di tempat yang disediakan," menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!