Taburan hujan luar biasa punca banjir kilat di LDP

Hujan lebat berterusan petang tadi mengakibatkan banjir kilat di Kilometer 23.2 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari Puchong Jaya menghala ke arah Bandar Puteri.
Hujan lebat berterusan petang tadi mengakibatkan banjir kilat di Kilometer 23.2 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari Puchong Jaya menghala ke arah Bandar Puteri.
A
A
A

PUCHONG - Taburan hujan luar biasa melebihi 77.5 milimeter (mm) dipercayai menjadi punca banjir kilat di hadapan IOI Mall Puchong di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) petang tadi.

Jurucakap konsesi lebuh raya, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) memaklumkan, berdasarkan rekod air mulai naik pada jam 3.20 petang namun surut sekitar jam 3.50 petang.

“Sejurus kejadian banjir kilat, anggota peronda Litrak menutup laluan yang terjejas dan memastikan pengguna tidak melalui laluan yang dinaiki air.

“Laluan lebuh raya kemudian dibuka semula selepas air surut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, tiga pam air utama dan satu pam tambahan yang ditempatkan oleh Litrak di kawasan parkir IOI Mall beroperasi ketika kejadian itu berlaku.

“Pam berkenaan beroperasi untuk salirkan air ke kawasan lombong di belakang IOI Mall namun hujan petang tadi memang terlalu lebat,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan hujan lebat berterusan mengakibatkan banjir kilat di Kilometer 23.2 berhadapan IOI Mall di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari Puchong Jaya menghala ke arah Bandar Puteri.

Beberapa foto yang dikongsi netizen di media sosial memaparkan keadaan lokasi yang dinaiki air kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu mengakibatkan kesesakan jalan raya dan dikhuatiri akan mengakibatkan kenderaan terkandas ekoran bahagian kiri jalan raya telah ditenggelami air.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!