Projek HSR: Negeri Sembilan akan beri kerjasama penuh

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan kerjasama penuh terhadap Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) termasuk dari segi pengambilan tanah dan pelan kebenaran merancang, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurutnya, beliau dimaklumkan projek HSR yang akan disambung semula selepas tertangguh sebelum ini akan mengekalkan jajaran asal yang turut meliputi pembinaan sebuah stesen di Labu.

“Kita juga mendapat cadangan bahawa pusat penyelenggaraan (HSR) akan dibina di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada 27 Jun lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, terdapat keperluan untuk projek HSR diteruskan.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta untuk program bantuan persekolahan yang memanfaatkan 1,818 pelajar miskin merangkumi murid Tahun Satu hingga Tingkatan Satu.

“Jumlah ini adalah peningkatan hampir 500 orang berbanding tahun lepas iaitu seramai 1,230 orang pelajar dengan peruntukan berjumlah RM676,500,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!