Presiden Brazil diuji positif Covid-19 buat kali ketiga

Jair Bolsonaro
Jair Bolsonaro
A
A
A

BRASILIA - Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sekali lagi diuji positif koronavirus (Covid-19), memerlukannya kekal berada di bawah pengasingan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pejabat presiden pada Rabu.

Ia merupakan ujian positif kali ketiga, yang dilakukan pada Selasa namun, beliau "dalam keadaan baik."

"Presiden Jair Bolsonaro berada dalam keadaan baik, ditemani pasukan perubatan presiden. Ujian yang dilakukan presiden semalam (21 Julai), didapati positif," jelas kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Presiden Brazil dijangkiti Covid-19

Pada 7 Julai, Bolsonaro mengumumkan beliau positif Covid-19 selepas mengalami demam dan sejak itu presiden menjalankan tugasnya dari rumah dan tidak menghadiri acara umum.

Bolsonaro, 65, termasuk dalam kalangan berisiko untuk dijangkiti virus itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!