Bela rambut seakan ular sawa selama 63 tahun
HANOI - Seorang wanita berusia 83 tahun dari Ben Tre, Vietnam kini memiliki rambut sepanjang enam meter selepas kali terakhir memotong rambut pada usia 19 tahun.
Nguyen Thi Dinh, membela rambut selama 63 tahun dan kini berbentuk seperti ular sawa, lapor The Guardian.
Dia mengakui mula membela rambutnya selepas pulih daripada sakit kepala.
"Sebelum ini kepala sering sakit hingga terpaksa mendapat rawatan di hospital.
"Bagaimanapun sebaik rambut mula tumbuh, saya tidak merasai sakit kepala dan sejak itu memang tak pernah potong rambut," katanya.
Nguyen Thi Dinh memberitahu, dia juga tidak mencuci rambut selama 63 tahun.
"Saya berhenti basuh rambut setelah pulih dari sakit kepala dan rambut ini tidak pernah dibasahi air.
"Bila rambut sudah panjang dan sukar diuruskan, saya memintal sehingga ramai berkata seakan ular sawa," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!