UUM mohon sumbangan 200 komputer riba untuk pelajar B40

Poster sumbangan bantuan komputer riba yang diusahakan Bahagian Perkhidmatan Sokongan Pelajar UUM bagi membantu pelajar kurang berkemampuan. (Gambar kecil: Hendrik Lamsali)
Poster sumbangan bantuan komputer riba yang diusahakan Bahagian Perkhidmatan Sokongan Pelajar UUM bagi membantu pelajar kurang berkemampuan. (Gambar kecil: Hendrik Lamsali)
A
A
A

SINTOK - Bahagian Perkhidmatan Sokongan Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) memerlukan sumbangan 200 komputer riba untuk diagihkan kepada pelajar kurang berkemampuan di universiti berkenaan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, sumbangan itu bagi membantu pelajar kampus ini terutama dari golongan keluarga yang tidak berkemampuan (B40).

Beliau berkata. mereka amat memerlukan komputer itu bagi pembelajaran atas talian khususnya dan juga bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

"Semua pihak termasuk Bahagian Perkhidmatan Sokongan Pelajar, Pusat Alumni UUM, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Inapan Siswa bersetuju untuk berhubung dengan Alumni UUM, badan korporat, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan orang perseorangan bagi mendapatkan sumbangan ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan itu di http://mub.me/uumheplaptop4u. Keterangan lanjut boleh menghubungi 013-4380900 (Dr Rajwani) atau 019-5719770 (Dr Muslimin).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!