Lokan Semeling
Zaini menunjukkan isi lokan (sejenis siput) yang dijual pada harga RM1.50 sekilogram di kedainya di Jalan Semeling di sini.
A
A
A
Sambutan terhadap lokan begitu menggalakkan apabila setiap hari dia mampu menjual antara 250 hingga 300 kilogram. Kedainya yang terletak berhampiran jambatan Sungai Semeling yang menghubungkan Merbok dan Sungai Petani itu sering mencuri tumpuan ramai kerana turut menjual 20 jenis siput lain yang segar dan harga yang berpatutan.
Lokan sejenis siput yang muncul di kawasan berlumpur di muara Sungai Merbok itu sangat diminati penggemarnya kerana isi yang lembut dan manis yang boleh dihidangkan pelbagai jenis masakan. Lokan perlu direbus terlebih dahulu untuk diambil isinya sebelum di masak kari, rendang kunyit, sambal atau masak lemak cili api.
Selain itu mentarang, siput biji nangka, kupang, tiram, belitung, lala, siput duri, siput kemudi, dan siput buluh turut dijual.- Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!