10 kontena muatan susu getah beku import ditahan

Kontena yang dikesan membawa muatan susu getah beku yang dicemari serangga perosak. Foto: Ihsan Maqis.
Kontena yang dikesan membawa muatan susu getah beku yang dicemari serangga perosak. Foto: Ihsan Maqis.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor mengesan sebanyak 10 buah kontena muatan susu getah beku dari Ghana yang mempunyai serangga perosak.

Pengarahnya, Dr Tarmisal Alimin berkata, pemeriksaan rutin yang dilakukan di Pelabuhan Klang Barat itu turut membawa kepada penemuan 216,990 kilogram susu getah beku yang diimport dari negara berkenaan dianggarkan bernilai RM848,347.83.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Tarmisal, Maqis sentiasa memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan dan keluaran pertanian yang diimport ke negara ini bebas daripada sebarang ancaman perosak.

"Usaha ini bagi memastikan sektor pertanian negara tidak terjejas serta mematuhi aspek kesihatan dan keselamatan makanan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!