Instafamous mengaku salah buang kerusi dari tingkat 45
TORONTO - Seorang Instafamous mengaku bersalah atas pertuduhan membuang kerusi dari tingkat 45 pangsapurinya sehingga mengundang bahaya orang ramai di mahkamah Toronto, Kanada.
Marcella Zoia, 20, memuat naik video perbuatannya itu di Instagram miliknya tahun lalu mendapat kecaman daripada netizen, lapor Daily Star.
Melalui video itu Marcella dilihat membuang kerusi dan terhempas pada sebuah lori di tengah jalan raya Gardiner iaitu antara jalan raya paling sibuk di Toronto.
Meskipun tertuduh telah mengaku salah namun pihak pendakwa raya menuntut dikenakan hukuman penjara enam bulan.
Peguam kepada Zoia berpendapat, bahawa Zoia belum matang dan dipengaruhi rakan sebaya serta masih mabuk waktu kejadian.
Mahkamah mengenakan denda sebanyak CAD$2,000 (RM6,342) dan diperintah melakukan khidmat masyarakat selama 150 jam dan dua tahun percubaan.
Perbicaraan hukuman ditangguhkan kerana wabak koronavirus yang masih melanda negara.
Sementara itu, menerusi entri di Instagramnya, Zoia memohon maaf atas perbuatannya dan mengaku akan bertanggungjawab.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!