'Mana nak cari ais'
Zabidi memaklumkan sesuatu kepada Chon Siang ketika melihat kilang ais yang diarahkan ditutup oleh JKNP
Chon Siang (kiri) mengakui bekalan ais hanya mampu bertahan hari ini seperti yang diadukan oleh nelayan di Kuantan.
Nelayan sedang membuat pengasingan saiz ikan sebelum dijual kepada pemborong di Kompleks LKIM hari ini.
Boon Guan
A
A
A
Nelayan yang ditemui Sinar Harian mendakwa bekalan blok ais hanya mampu bertahan sehingga esok dan kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah penyimpanan serta penjualan ikan.
Setiausaha Persatuan Nelayan Kuantan, Teoh Boon Guan, 37, berkata, hampir 70 hingga 90 bot nelayan yang akan turun ke laut setiap hari untuk menangkap ikan dan ais itu membolehkan hasil laut disimpan dalam keadaan baik.
"Kami memerlukan 150 hingga180 blok air batu setiap hari. Ketika ini ikan banyak dan kami bimbang terputus bekalan blok ais.
"Ais kiub pula akan meningkatkan kerana tidak tahan lama berbanding blok ais," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sim Chon Siang.
Boon Guan bagaimanapun mahu Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) mencari inisiatif dan menyelesaikan masalah kekurangan bekalan blok ais selepas berdepan dengan penutupan kilang terbabit semalam.
"Kalau boleh Nekmat berusaha mendapatkan ais kerana kami sudah buntu untuk mendapatkannya dalam tempoh dua tiga hari ini," katanya.
Bagi nelayan, Abu Bakar Shafie, 45, setakat ini bekalan blok ais masih boleh diperoleh dan mengakui sukar mendapatkan barangan keperluan terbabit dalam masa dua tiga hari lagi.
"Kami bimbang masalah kerosakan hasil laut. Jadi saya minta Nekmat membantu kami bagi mengelakkan kerosakan tangkapan," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengurus Kanan Kilang Air Batu Kuantan, Zabidi Ishak berkata, nelayan perlu mencari inisiatif dan kaedah lain untuk mendapatkan bekalan ais .
"Buat masa ini, pihak kita sedang dalam proses membersihkan kilang sebelum dibenarkan beroperasi semula," katanya.
Semalam, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah mengarahkan arahan penutupan dua kilang air batu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berdasarkan pemeriksaan sepanjang Operasi Penguatkuasaan Perlesenan JKNP di seluruh negeri bermula 21 Julai lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!