Barcelona rancang lelong 12 pemain

Vidal antara pemain yang akan dijual oleh Barcelona.
Vidal antara pemain yang akan dijual oleh Barcelona.
A
A
A

KELAB gergasi Sepanyol, Barcelona dilaporkan sedia menjual pemain utamanya musim depan selepas gagal menjuarai saingan La Liga musim ini.

Memetik laporan portal antarabangsa, 12 pemain utama pasukan itu telah disenaraikan untuk dijual musim panas ini dalam usaha mendapatkan dana untuk merekrut pemain baharu.

"Barcelona dilihat serius mahu menambah baik pasukan dengan menjual beberapa pemain pasukan utama mereka dengan penjaga gol nombor dua, Neto turut berada dalam senarai.

"Selain itu, pemain di barisan pertahanan, Nelson Semedo, Samuel Umtiti, Junior Firpo serta Jean-Clair Todibo, pemain tengah iaitu Arturo Vidal, Carles Alena, Rafinha, dan Ivan Rakitic juga hampir pasti akan dijual.

"Kelab Catalan itu juga mahu menambah baik barisan serangan dan turut membuat keputusan untuk menjual Ousmane Dembele, Martin Braithwaite, dan Philippe Coutinho yang sudah tidak diperlukan lagi," kata laporan itu.

Ketika ini, Semedo dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, manakala Dembele juga dijangka angkat kaki sekiranya ada tawaran menarik daripada kelab lain.

Barcelona juga dikatakan sudah menilai beberapa pemain untuk dibeli pada musim panas ini antaranya penyerang muda Inter Milan, Lautaro Martinez. Namun, kelab kendalian Quique Setién itu perlu mengumup dana terlebih dahulu sebelum membuat pembelian mega.

Untuk rekod, Barcelona gagal untuk mempertahankan kejuaraan La Liga musim ini selepas tewas kepada seteru utama mereka Real Madrid.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!