Tuah sepakan penalti Antonio

Antonio meledak gol menerusi sepakan penalti ketika menentang Manchester United di Old Trafford awal pagi kelmarin.
Antonio meledak gol menerusi sepakan penalti ketika menentang Manchester United di Old Trafford awal pagi kelmarin.
A
A
A

PENYERANG West Ham United, Michail Antonio menyambar imbuhan bonus 250,000 pound (RM1.36 juta) apabila meledak gol menerusi sepakan penalti ketika menentang Manchester United di Old Trafford.

Antonio mendapat 'jackpot' tersebut apabila buat pertama kali merekodkan 10 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu yang menyaksikan West Ham berjaya mengikat United dengan keputusan seri 1-1.

Namun, Antonio harus berterima kasih kepada kapten West Ham, Mark Noble yang biasa mengambil sepakan penalti memberi laluan kepadanya untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Saya dan Nobes telah berbincang dan dia bertanya kepada saya, apakah sasaran saya untuk musim ini? Saya katakan kepadanya sasaran 10 gol dan ia adalah sasaran sejak lima tahun saya bersama pasukan.

"Saya tidak pernah berjaya mencapai sasaran itu, paling banyak sembilan gol. Jadi dia kata jika kami mendapat penalti dalam dua perlawanan terakhir, dia akan memberikannya kepada saya kerana saya sudah menjaringkan banyak gol penting.

"Saya tidak percaya yang kami mendapat penalti dan apabila mendapat peluang itu, saya masih tidak percaya dia akan memberikannya kepada saya. Selepas ini, Nobes akan kembali mengambil sepakan penalti, ini hanyalah semata-mata untuk saya mencapai sasaran 10 gol," katanya.

Sebelum ini, Antonio yang dibeli daripada kelab Nottingham Forest lima tahun lalu pada harga 7 juta pound (RM38.03 juta) telah dijanjikan bonus berkenaan sekiranya dia berjaya menyumbang 10 gol di pentas EPL.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!