Suami Pavithra didakwa lagi
IPOH - Suami kepada YouTuber masakan sensasi, S Pavithra sekali lagi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, kali ini dipercayai atas pertuduhan mencederakan isterinya, Selasa lalu.
Menurut sumber, tertuduh, M Sugu, 29, akan dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Pagi tadi, di mahkamah sama, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit di tempat awam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!