Cari ibu kandung anak angkat

Nor Hidayah bersama Nur Irdina.
Nor Hidayah bersama Nur Irdina.
A
A
A

KLUANG – Sepasang suami isteri di Kampung Berata, Segamat, meminta orang ramai mencari ibu kandung anak angkatnya bagi memudahkan mereka menguruskan proses mengambil anak angkat.

Ahmad Zulfadli Zulkefli, 33, berkata, anak angkatnya, Nur Irdina Iman yang kini berusia setahun diambil sebagai anak angkat ketika bayi itu berumur lima bulan dan diserahkan oleh ibunya sendiri, Pussadee Uthai yang merupakan warganegara Thailand.

“Pada 14 Mei tahun lalu, saya dimaklumkan oleh seorang pengawal keselamatan di Terminal Pengangkutan Awam Segamat bahawa ada seorang wanita Thailand hendak serahkan anak perempuannya kepada pusat jagaan di daerah ini.

“Saya kemudian terus berjumpa wanita tersebut kerana saya dan isteri memang nak cari anak angkat dan hasil perbincangan singkat tersebut, dia bersetuju untuk menyerahkan anaknya kepada saya untuk dijaga,” katanya.

Ahmad Zulfadli berkata, ketika itu ibu kandung bayi tersebut hanya menyerahkan kepadanya buku rekod kesihatan bayi dan borang kelahiran daripada hospital selain memaklumkan kepadanya bahawa dia tidak mampu menjaga bayi tersebut kerana mempunyai masalah dengan suaminya.

Katanya, wanita tersebut kemudian berjanji berjumpa dia dan isterinya, Nor Hidayah Mohd Esa, 30, untuk menyelesaikan surat penjagaan anak angkat secara sah.

“Namun, sehingga kini wanita tersebut tidak berjumpa kami,” katanya.

Menurutnya, dia meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali ibu kandung atau waris terdekat Nur Irdina agar dapat menghubunginya di talian 0112649 4478.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!