Mahu hidup biasa-biasa sahaja, Pavithra tolak jadi Ikon Bandaraya Ipoh
IPOH - Pasangan YouTuber masakan sensasi, S Pavithra dan suaminya, M Sugu mengambil keputusan untuk menolak pengiktirafan menjadi Ikon Bandaraya Ipoh yang diumumkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Isnin lalu.
Pavithra, 28, berkata, mereka mahu fokus pada program masakan kendalian mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’.
“Kami tidak layak menjadi ikon sebab ramai yang berbakat ada di luar sana. Sila cari orang yang betul-betul layak kerana kami baru jadi YouTuber. Kami tidaklah hebat.
ARTIKEL BERKAITAN: Berang nama tak tercalon anugerah ikon punca pukul isteri
Pavithra diangkat ikon Bandaraya Ipoh
Gelaran ikon kepada Pavithra tidak akan ditarik balik
“Ramai lagi yang berbakat dalam pelbagai bidang. Kami tidak layak untuk itu semua. Kami mahu hidup normal sebagai sebuah keluarga dan tidak mahu dikenali ramai. Biar kami hidup biasa sahaja,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Sesyen dan Majistret Ipoh di sini hari ini.
Pavithra bersama salah seorang ahli keluarganya yang hadir pada prosiding mahkamah turut membayar jaminan RM5,000 selepas Sugu didakwa atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini.
Pada Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan punca suami pasangan YouTuber sensasi naik berang hingga mencederakan isterinya adalah rasa tidak berpuas hati apabila nama tidak tercalon untuk menerima anugerah ikon.
Dalam satu majlis di Ipoh Isnin lalu pasangan berkenaan dijemput untuk menerima pengiktirafan ikon selepas kejayaan mereka membina kerjaya menerusi bakat memasak sehingga mendapat lebih 770,000 pengikut di YouTube.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!