Tekong darat ditangkap bawa masuk PATI

Mereka yang ditahan dalam Ops Benteng Covid di Tanjung Sepat, Kuala Langat semalam.
Mereka yang ditahan dalam Ops Benteng Covid di Tanjung Sepat, Kuala Langat semalam.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang lelaki tempatan yang dipercayai berperanan sebagai tekong darat dicekup bersama 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dalam serbuan Tanjung Sepat di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Zulafendy Hassan berkata, kesemua tangkapan itu dilakukan menerusi operasi Ops Benteng Covid kira-kira jam 10.15 malam oleh sepasukan anggota Batalion 4 PGA.

"Pemeriksaan mendapati PATI terbabit terdiri daripada 10 lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

"Suspek lelaki tempatan berusia 44 tahun itu pula disyaki adalah tekong darat berperanan membawa PATI keluar dari Malaysia melalui laluan yang tidak sah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas kenderaan jenis MPV yang diguna untuk kegiatan terbabit.

Menurutnya, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Tanjung Sepat untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kesemua PATI terbabit dikesan melakukan kesalahan imigresen apabila gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti pembabitan suspek lelaki tempatan dalam kegiatan itu.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!