Hasher dijel 15 tahun rancang serang Rumah Putih

Hasher Taheb didapati bersalah cuba menyerang Rumah Putih di Washington, Amerika Syarikat. -Foto ABC7
Hasher Taheb didapati bersalah cuba menyerang Rumah Putih di Washington, Amerika Syarikat. -Foto ABC7
A
A
A

WASHINGTON - Seorang pemuda Amerika Syarikat (AS) dihukum penjara 15 tahun kerana merancang untuk menyerang Rumah Putih dengan menggunakan misil antikereta kebal dan beberapa bahan letupan, kata pihak berkuasa pada Khamis lalu.

Lelaki itu, Hasher Taheb berusia 23 tahun dari Cumming, Georgia turut merancang melakukan serangan ke atas patung Statue of Liberty, Monumen Washington, Memorial Lincoln dan rumah ibadat Israel di kawasan Washington, kata Jabatan Keadilan AS dalam satu kenyataan.

Dia ditangkap pada 16 Januari 2019 selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) melakukan siasatan selama setahun berikutan maklumat daripada komuniti tempatan bahawa Hasher telah menjadi seorang yang radikal.

Menurut pendakwaan, Hasher cuba merekrut seorang pemberi maklumat dan seorang ejen FBI yang menyamar bagi membantunya menyerang Rumah Putih, beberapa monumen dan sasaran lain.

"Dia merancang melakukan serangan pengganas ke atas Rumah Putih sebagai sebahagian daripada apa yang didakwa sebagai tanggungjawabnya terlibat dalam perjuangan jihad," kata Penolong Peguam Negara, Jabatan Keadilan AS, John Demers.

Pada 7 Disember 2018, dia berjumpa dengan ejen FBI yang menyamar itu dan mendedahkan satu lukisan tangan pejabat presiden AS di bangunan Rumah Putih. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!