Alcantara ke Anfield?
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp masih enggan memberikan sebarang pengesahan terhadap perkhabaran mengenai kedatangan bintang Bayern Munich, Thiago Alcantara ke Anfield, musim panas ini.
Biarpun mengakui meminati pemain kebangsaan Sepanyol itu, namun Kloop tidak mahu mengulas lanjut berhubung kehadiran pemain tengah berusia 29 tahun itu.
Malah menurut Klopp, perhatiannya kini adalah bagaimana untuk mempertahankan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.
“Memang tidak apa-apa yang dapat saya katakan pada ketika ini kecuali mengakui (Thiago) Alcantara adalah seorang pemain yang bagus.
“Namun, kini dia (Alacantara) adalah pemain untuk kelab Bayern Munich dan di situlah dia sepatutnya berada. Untuk itu, tidak ada apa-apa lagi yang boleh diperkatakan,” katanya.
Klopp berkata demikian bagi mengulas spekulasi yang mengatakan Alcantara bakal meninggalkan Alianz Arena musim panas ini.
Ini ditambah dengan keengganan Alcantara menandatangani lanjutan kontrak dengan gergasi Bundesliga itu selain turut menyatakan keinginan untuk menimba pengalaman beraksi dalam saingan liga bola sepak yang berlainan.
Sementara itu, Klopp berkata, dia mahu memperkuatkan bahagian tengah skuad The Reds musim depan dalam usaha mempertahankan trofi EPL yang dimenangi.
Malah Klopp, selain bahagian tengah,pihaknya juga merancang bagi mengukuhkan lagi benteng pertahanan pasukan untuk mengharungi saingan EPL
“Memang saya akui berminat dengan Alcantara, tetapi saya sendiri tidak tahu dan tidak ada idea pemain mana atau siapakah yang akan beraksi dengan Liverpool musim depan.
“Jadi, memang saya tidak mahu mengulas lanjut atau mengesahkan apa-apa mengenai perpindahan pemain ke Liverpool,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!