Wanita maut, adik parah nahas dua kenderaan

Kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan lori di km 98.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat Yong Peng, di sini pagi tadi.
Kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan lori di km 98.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat Yong Peng, di sini pagi tadi.
A
A
A

BATU PAHAT - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 98.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat Yong Peng pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Zakaria Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.54 pagi.

Katanya, enam anggota dari BBP Yong Peng bersama sebuah jentera dan satu unit EMRS dikejarkan ke lokasi kemalangan untuk membantu mangsa.

"Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Proton Persona dan sebuah lori. Pemandu kenderaan, Siti Sarah Mohammad Ali, 27 meninggal dunia manakala penumpang yang juga adik mangsa, Siti Nurfarhana Mohammad Ali, 24, cedera parah.

"Pemandu lori Jefri Sahban, 32, disahkan selamat. Operasi tamat pada jam 9 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!