3.69 juta layak terima perlindungan mySalam

Perasmian Skim mySalam disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Perasmian Skim mySalam disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 3.69 juta individu golongan B40 berusia antara 18 hingga 55 tahun layak menerima skim perlindungan insurans mySalam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, golongan tersebut adalah dalam kalangan pihak yang layak menerima Bantuan Sara Hidup.

Menurut Guan Eng, melalui skim tersebut, penerima akan mendapat perlindungan kesihatan percuma untuk 36 jenis penyakit kritikal termasuk kanser, serangan jantung dan alzheimer.

"Penerima akan menerima bayaran 'one-off' sebanyak RM8,000 jika dikenal pasti menghidap salah satu daripada penyakit kritikal tersebut.

"Skim ini juga memberi bayaran harian sebanyak RM50 sebagai pendapatan gantian jika penerima menjalani rawatan di mana-mana hospital Kerajaan untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun," katanya ketika berucap pada Perasmian Skim Perlindungan Nasional B40 atau mySalam di kementerian itu l, pagi ini.

Guan Eng berkata, skim mySalam merupakan inisiatif utama kerajaan yang menunjukkan komitmen untuk membantu isi rumah golongan berpendapatan rendah yang memberi perlindungan perubatan dalam bentuk kewangan jika berlaku kecemasan atau masalah kesihatan yang tidak diduga.

Tambah Guan Eng, skim berkenaan menjadi realiti dengan usaha sama syarikat insurans swasta Great Eastern Life yang mencarum sebanyak RM2 bilion sebagai dana permulaan.

"Kerajaan akam menggunakan sumbangan RM2 bilion ini untuk membayar kaday premium insurans perlindungan sosial sebanyak RM112 untuk setiap individu.

Artikel Berkaitan:

Kadar premium ini ditetapkan pada kadar kos tanpa keuntungan untuk syarikat insurans," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!