319 individu dikuarantin di stesen kuarantin mulai semalam

Ismail Sabri ketika sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri ketika sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 319 individu dari luar negara yang masuk atau pulang ke Malaysia telah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan kerajaan bermula semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua mereka ditempatkan di empat stesen kuarantin di ibu kota, Negeri Sembilan dan Johor.

"Mereka pulang dari 12 negara iaitu Indonesia, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), China dan Australia.

"Keputusan untuk membuka semula stesen kuarantin untuk perintah kuarantin wajib 14 hari diambil setelah mengambil kira peningkatan kes import dan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang menyebabkan peningkatan risiko penularan jangkitan Covid-19," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selasa lepas, Ismail Sabri mengumumkan mana-mana warga asing yang masuk ke Malaysia atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, perlu menjalani prosedur kuarantin wajib di stesen kuarantin yang ditetapkan kerajaan bermula semalam dan bukan lagi di rumah masing-masing.

Menurutnya, mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam atau hotel, berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!