Tiga rumah musnah dibadai kepala air
LIPIS - Tiga buah rumah di Pos Lenjang di sini musnah selepas dihanyutkan kepala air dalam kejadian pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, kepala air yang deras bersama lumpur berlaku secara tiba-tiba menyebabkan rumah terlibat musnah.
Kejadian itu juga menyebabkan tanah runtuh dan laluan ke Pos Titom di sini terputus.
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir bagaimanapun berkata, tiada sebarang insiden kecederaan atau nyawa yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Menurutnya, kesemua penghuni rumah terbabit sempat menyelamatkan diri.
"Situasi ini bagaimanapun menyebabkan laluan terputus dan kenderaan tidak dapat keluar masuk ke Pos Lenjang," katanya di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!