Amanah sokong kerajaan perketat SOP

Hasanuddin
Hasanuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong langkah kerajaan mahu memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketika ini dilonggarkan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Naib Presidennya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, keputusan sama ada untuk memperketatkan atau melonggarkan SOP berkenaan pada dasarnya bukan urusan politik.

"Ia datang dari kumpulan pakar negara dalam bidang tersebut di pelbagai kementerian, universiti atau swasta. Cadangan akan diselaraskan oleh pasukan pengurusan dan pentadbiran kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: SOP PKPP diketatkan semula: Ismail Sabri

"Kerajaan dengan kuasa yang ada akan mendengar dari kedua-dua pihak sebelum keputusan dibuat dengan penelitian yang rapi. Ia juga perlu dirujuk kepada trend wabak Covid-19 di luar negara," kata ahli Parlimen Hulu Langat itu hari ini.

Sehubungan itu, Hasanuddin berkata, beliau menyokong penuh usaha itu sekiranya risiko peningkatan kes Covid-19 di negara ini dapat dikesan oleh kumpulan pakar tempatan.

"Kita telah berjaya pada pusingan pertama dan diharap sekiranya ada bukti serangan baharu, kita semua perlu tegas memperketatkan SOP tersebut semula.

"Negara seperti Jordan sangat tegas sehingga kadar kematian sangat rendah berbanding di Itali atau Turki," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!