Dakwaan wakil rakyat ditawar 'wang berjuta' perlu disiasat
KOTA KINABALU - Dakwaan wakil rakyat dalam kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mereka ditawar ‘wang berjuta’ untuk belot, adalah pembohongan semata-mata, kata Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joniston Bangkuai.
Beliau berkata, pihak berkuasa seharusnya memanggil mereka yang membuat dakwaan itu bagi memastikan kebenaran cerita mereka.
"Kenyataan bahawa mereka memilih untuk memberitahu media dan bukannya melaporkan apa yang didakwa 'tawaran berjuta-juta' kepada pihak berkuasa, kelihatan seolah-olah mereka mempunyai motif tersembunyi.
ARTIKEL BERKAITAN: Shafie Apdal nafi kerajaan Sabah kini goyah
Khabar angin pertukaran kerajaan Sabah semakin kencang
DAP pertahan tindakan Jannie tolak politik wang, jawatan
Beliau berkata, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berlu diingatkan bahawa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang menyertai partinya berbuat demikian kerana perubahan kepimpinan kerajaan di peringkat nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Oleh itu, Mohd Shafie seharusnya faham bahawa perlunya kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya adalah punca yang mencetuskan kemungkinan wakil rakyat meninggalkan kerajaan pimpinan Warisan,” tambahnya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!