Lapan cincin sangkut di jari

Anggota JBPM mengambil masa lebih tiga jam untuk memotong cincin pada jari lelaki berkenaan.
Anggota JBPM mengambil masa lebih tiga jam untuk memotong cincin pada jari lelaki berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki menderita kesakitan apabila lapan bentuk cincin yang dipakai di jari kedua-dua belah tangannya tersangkut.

Bagaimanapun, semua cincint pada jari tangan kiri dan kanan lelaki itu berjaya ditanggalkan dalam tempoh tiga jam oleh anggota bomba mengambil masa tiga jam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.56 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bergegas ke hospital.

Keadaan jari lelaki itu selepas tersangkut cincin dalam kejadian awal pagi tadi.
Keadaan jari lelaki itu selepas tersangkut cincin dalam kejadian awal pagi tadi.

"Sejurus tiba pihak hospital menerangkan mengenai keadaan mangsa berusia 41 tahun itu. Anggota bomba memotong lapan bentuk cincin berkenaan dengan menggunakan peralatan khas dan operasi mengambil masa lebih kurang tiga jam.

"HTAR terpaksa memohon bantuan bomba berikutan mereka tidak mempunyai kepakaran dan peralatan khas untuk memotong cincin itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, jari lelaki berkenaan itu juga bengkak dan dipercayai ia akibat pengaliran darah yang tersekat sehingga merencatkan pertumbuhannya.

"Kami mendapat maklumat bahawa bahawa lelaki terbabit adalah seorang gelandangan dan dihantar ke hospital oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!