Guan Eng hadir kali ketiga di SPRM

Guan Eng ditemani Rayer hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, pada jam 10.40 pagi.
Guan Eng ditemani Rayer hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, pada jam 10.40 pagi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini hadir buat kali ketiga untuk memberikan keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan tiba pada jam 10.40 pagi ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer bagi memberi keterangan berhubung projek terowong dasar laut yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pada semalam dan Rabu lalu, Setiausaha Agung DAP itu dipanggil SPRM untuk membantu siasatan kes isu terowong berkenaan.

Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan dakwaan elemen rasuah dalam projek terowong tersebut.

SPRM turut memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapannya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa individu dilaporkan turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.

Kes itu disiasat oleh SPRM sejak tahun 2017.

Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai, adalah termasuk di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!