Sultan Mizan pengerusikan Mesyuarat Khas Raja-raja

Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (kiri) diiringi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebelum mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini. Foto: Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Mesyuarat bermula 11.15 pagi hari ini dihadiri semua Raja-raja Melayu kecuali Kelantan.

Raja-raja Melayu yang berangkat ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan berangkat ke Istana Negara hadiri pemilihan Agong

Turut berangkat Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pemilihan itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketika ini jawatan Yang di-Pertuan Agong disandang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang juga merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!