Industri pelancongan Negeri Sembilan beri tanda positif

Wakil daripada empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) (dari kanan) Pengerusi MANIS, Arfi AHMAD; Ketua Wilayah Live 24 Channel, S Manimaran; Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Sembilan, Alex Chin dan Pengerusi Prones, Datuk Nika Raja Roslizam Ramli menunjukkan dokumen MoU yang ditandatangani sambil diperhatikan Siti Mazlina (tiga dari kanan) dan Veerapan (empat dari kanan).
Wakil daripada empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) (dari kanan) Pengerusi MANIS, Arfi AHMAD; Ketua Wilayah Live 24 Channel, S Manimaran; Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Sembilan, Alex Chin dan Pengerusi Prones, Datuk Nika Raja Roslizam Ramli menunjukkan dokumen MoU yang ditandatangani sambil diperhatikan Siti Mazlina (tiga dari kanan) dan Veerapan (empat dari kanan).
A
A
A

SEREMBAN - Industri pelancongan di negeri ini kembali pulih selepas terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sembilan, Siti Mazlina Maidin berkata, mengikut jangkaan pihaknya, keadaan akan kembali normal menjelang Disember ini, namun ia berlaku lebih cepat selepas kerajaan membenarkan aktiviti merentas negeri.

"Sambutan pelancong ke negeri ini kembali meriah dan berlaku peningkatan mendadak selepas kerajaan memberi kebenaran rentas negeri.

"Sebagai contohnya di Port Dickson, kita nampak peningkatan yang sangat mendadak dalam tempahan hotel yang menunjukkan rakyat kita sudah mula melancong," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) Pembangunan Kawasan Bukit Putus dan Agro Bazar Nogori Starfresh Agro Park di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan.

Majlis MoU berkenaan melibatkan Persatuan Promosi Negeri Sembilan (Prones), Persatuan Pelancongan Negeri Sembilan, Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS) dan Live 24 News Channel.

Mengenai pembukaan Agro Bazar Nogori beliau berkata, ia dapat merancakkkan lagi industri agro pelancongan di negeri ini sekali gus memeriahkan laluan lama Bukit Putus yang sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai lokasi menarik untuk dikunjungi.

Artikel Berkaitan:

"Pihak Starfresh Agro Park bersedia menjadikan tempat mereka sebagai platform untuk memasarkan produk agro pelancongan di negeri ini dan sebagai permulaan terdapat 30 pengusaha menyertainya.

"Bagi saya ia satu program yang baik dan amat berpotensi untuk membantu pengusaha ladang dan ternakan memasarkan produk di bazar ini yang dibuka pada setiap Jumaat hingga Ahad," katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah proaktif untuk mengetengahkan produk menarik yang terdapat di sekitar Kuala Pilah dengan melibatkan kerjasama semua pihak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!