Lebih banyak industri diharap sertai demonstrasi 5G

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman (kiri) menyerahkan Pelan Induk Kerajaan Digital Pintar Terengganu 2020-2030 kepada Saifuddin (tengah) pada mesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA NERUS - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berharap lebih banyak industri tampil menyertai Projek Demonstrasi 5G sehingga tempoh akhir pada hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sehingga kini sebanyak 71 Projek Demonstrasi 5G telah berjaya dilakukan yang mana ia sangat membantu bagi persediaan kerajaan melaksanakan teknologi 5G secara komersial nanti.

“Untuk penggunaan individu memang sekarang kita (KKMM) hendak mengoptimumkan capaian 4G tetapi untuk industri memang teknologi 5G diperlukan,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Institut Teknologi Petronas (Instep) di sini.

Turut hadir, Pengerusi SKMM, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Che Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Saifuddin (tiga dari kiri) mendengar penerangan mengenai teknologi 5G di Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep) di Batu Rakit pada lawatan kerja di Kuala Terengganu hari ini. - Foto Bernama
Saifuddin (tiga dari kiri) mendengar penerangan mengenai teknologi 5G di Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep) di Batu Rakit pada lawatan kerja di Kuala Terengganu hari ini. - Foto Bernama

Bagi industri minyak dan gas pula katanya, hanya Petronas sahaja yang telah menyertai projek demonstrasi tersebut dan kementerian percaya lebih banyak lagi syarikat dalam industri itu, berminat untuk menggunakan teknologi 5G nanti.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, kerajaan kini sedang giat menilai tahap penggunaan dan fungsi 873 pusat internet di seluruh negara.

“Penilaian dibuat sebab kita hendak tengok sejauh mana sesebuah pusat internet itu digunakan dan sejauh mana aset-aset yang ada di pusat tersebut ‘up to date’. Kita akan tengok sama ada sesebuah pusat internet itu boleh diteruskan atau bagaimana. Akhir tahun ini kita akan tahu kedudukannya, bagaimana.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya ia (pusat internet) berkesan tetapi untuk jangka masa akan datang kita kena lihat betul-betul,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!