Lukisan kuno berusia 3,000 tahun ditemui di Thailand

Satu set lukisan kuno baharu ditemui di Taman Laut Negara Phang Nga Bay, Thailand baru-baru ini.
Satu set lukisan kuno baharu ditemui di Taman Laut Negara Phang Nga Bay, Thailand baru-baru ini.
A
A
A

BANGKOK - Satu set lukisan kuno baharu ditemui di Taman Laut Negara Phang Nga Bay baru-baru ini.

Ketua Taman Negara itu, Sarayuth Tanthien berkata, dia menemui lukisan kuno itu ketika membantu pegawai perhutanan untuk menyiasat Gua Petch Pakarang di Pulau Koh Talu di daerah Takua Thung.

"Satu set lukisan kuno yang seakan lukisan lain yang terdapat di Teluk Phang Nga dan kawasan berdekatan ditemui. Kami sedang menunggu pihak berkuasa yang terlibat untuk menyiasat," katanya.

Menurutnya, ketika ini terdapat empat kawasan di mana lukisan kuno ditemui di taman tersebut iaitu di Khao Phra At Thao, Khao Nak, Khao Raya, dan Khao Khien.

"Kami menganggap bahawa lukisan ini dilukis oleh pelaut kuno yang datang untuk berlindung dari monsun.

"Jabatan Seni Rupa mengatakan lukisan ini dilukis tidak kurang dari 3,000 tahun lalu," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!