Dataran Merdeka ditutup lima bulan mulai 1 Ogos

Padang di Dataran Merdeka akan ditutup sepenuhnya selama lima bulan mulai 1 Ogos hingga 31 Disember depan bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Foto: 123RF
Padang di Dataran Merdeka akan ditutup sepenuhnya selama lima bulan mulai 1 Ogos hingga 31 Disember depan bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Foto: 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Padang di Dataran Merdeka akan ditutup sepenuhnya selama lima bulan mulai 1 Ogos hingga 31 Disember depan bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam hantaran di Twitter rasminya memaklumkan, penutupan tersebut bagi membolehkan kerja-kerja penggantian rumput dijalankan di padang berkenaan.

Kerja penyelenggaraan dan penggantian rumput dilakukan bagi memastikan kehijauan kawasan berkenaan dikekalkan dan kualiti padang dapat dipertingkatkan, menurut notis pemberitahuan DBKL itu.

Justeru, semua aktiviti tempahan padang di Dataran Merdeka ditutup buat sementara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!