Najib tanya mana pejuang Felda sembang kencang dulu
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan ke mana hilangnya pejuang Felda yang lantang ketika BN menerajui negara sebelum ini.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, dahulu pejuang Felda itu berjuang seolah-olah prihatin ingin membantu nasib pekebun kecil.
“Dulu ada seorang pejuang Felda yang sembang kencang. Seolah-olah prihatin nak bantu pekebun kecil.
“Apa nama dia? Dia di mana sekarang? Dah selesa saya dengar,” katanya melalui Facebooknya, hari ini.
Kenyataan Najib mungkin ditujukan kepada Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang sebelum ini lantang memperjuangkan nasib peneroka.
Mazlan ketika ini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang baharu.
Dalam hantaran baharu itu, Najib turut berkongsi rintihan seorang peneroka Felda yang terkesan dengan harga kelapa sawit yang semakin menjunam selepas PRU14.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!