Jangan bersekongkol dengan penyeludup!

Aminuddin (kanan) menyerahkan tugas kepada Nurul Hizam Zakaria sambil diperhatikan Mohd Zubil (tengah) di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, Johor Bahru hari ini.
Aminuddin (kanan) menyerahkan tugas kepada Nurul Hizam Zakaria sambil diperhatikan Mohd Zubil (tengah) di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di negeri ini diberi amaran agar tidak bersekongkol dengan sindiket penyeludupan atau terlibat aktiviti jenayah rentas sempadan.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Mohd Zubil Mat Som menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau anggotanya yang didapati bersekongkol dengan penjenayah.

Menurutnya, peringatan tersebut perlu kerana terdapat peningkatan kes pegawai dan anggota agensi penguat kuasa ditangkap kebelakangan ini.

"Saya beri amaran kepada pegawai dan anggota khususnya di Johor kerana negeri ini merupakan hotspot. Lokasinya yang dekat dengan negara jiran membolehkan kemasukan mudah pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Setiap pergerakan keluar masuk bot peronda serta kru terlibat dicatat dan dipantau. Jadi sekiranya ada perlakuan yang menyalahi undang-undang, kita akan dapat kesan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah APMM Johor di Ibu Pejabat APMM Johor di sini hari ini.

Aminuddin (kanan) menyerahkan tugas kepada Nurul Hizam Zakaria sambil diperhatikan Mohd Zubil (tengah) di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, Johor Bahru hari ini.
Aminuddin (kanan) menyerahkan tugas kepada Nurul Hizam Zakaria sambil diperhatikan Mohd Zubil (tengah) di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun bersyukur kerana setakat ini, tiada kes melibatkan pegawai dan anggota penguat kuasa APMM ditahan kerana terlibat dengan mana-mana sindiket atau aktiviti jenayah rentas sempadan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, perkara tersebut akan terus dipantau dibantu unit risikan APMM yang mengambil langkah pencegahan dengan menyiasat sebarang salah laku melibatkan anggotanya di peringkat awal.

Sementara itu, Pengarah APMM negeri yang baharu, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya mahu setiap anggota APMM mendokong prinsip dan integriti dalam menjalankan tugas.

"Prinsip dan integriti adalah tunjang keperibadian kita. Jika dalam diri seseorang individu terdapat dua perkara berkenaan, dia akan terhindar daripada aktiviti tidak bermoral seperti kebocoran maklumat, rasuah dan sebagainya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!