KKM perkenal Skim PeKa B40

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam sambil disaksikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan hari ini. Foto: Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam sambil disaksikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melancarkan Skim Peduli Sihat (PeKa B40) sebagai pelengkap kepada skim mySalam yang dilancarkan hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berbeza dengan skim mySalam yang menawarkan skim perlindungan insuran kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berumur 18 hingga 55, PeKa B40 pula ditawarkan kepada penerima BSH yang berumur 50 tahun ke atas.

Menurutnya, skim baharu itu diperkenalkan sebagai menangani isu penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Diseases, NCD) oleh kumpulan B40 yang akan dilancarkan di kementeriannya minggu depan.

"PeKa B40 memberi fokus kepada saringan kesihatan iaitu pengesanan awal terhadap NCD.

ARTIKEL BERKAITAN: 3.69 juta layak terima perlindungan mySalam

"Pengesanan awal adalah mustahak bagi mengelakkan keperluan rawatan yang rumit serta kos yang tinggi sekiranya pesakit didiagnos lewat atau sudah berada pada tahap kritikal," katanya.

Dzulkefly berkata, Kajian oleh National Health and MorbiditySurvey’ (NHMS) 2015 mendapati, 36.5 peratus daripada kumpulan B40 tidak mengetahui mereka menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit NCD seperti kencing manis, darah tinggi atau mhiperkolesterolemia yang merupakan antara faktor risiko utama bagi pelbagai penyakit kritikal.

"Inisiatif ini dilihat akan memberi impak jangka panjang terhadap tahap kesihatan rakyat Malaysia secara umumnya," katanya ketika memberi ucapan pada Perasmian Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Pada masa yang sama pihaknya mengalu-alukan inisiatif mySalam yang dilihat akan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat kumpulan B40, khususnya apabila dilanda dengan penyakit-penyakit kritikal.

"Skim mySalam akan membantu meringankan beban rakyat kumpulan B40 terutamanya dari segi gantian pendapatan yang mungkin terputus apabila dilanda musibah 36 penyakit kritikal atau bila dimasukkan ke hospital.

"KKM akan terus bekerjasama erat dengan Kementerian Kewangan untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan berkualiti dan bertindak sebagai jaringan keselamatan perkhidmatan kesihatan untuk semua lapisan rakyat, terutamanya bagi mereka yang kurang

berkemampuan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!