Yayasan Winner Emperor Sedunia sumbang ambulans kepada Uncle Kentang

Nicky Liow (tiga dari kiri) ketika menyerahkan sumbangan ambulans kepada Chee Heng (tiga dari kanan) di kompleks beli-belah IOI Mall Puchong, di sini.
Nicky Liow (tiga dari kiri) ketika menyerahkan sumbangan ambulans kepada Chee Heng (tiga dari kanan) di kompleks beli-belah IOI Mall Puchong, di sini.
A
A
A

PUCHONG - Usahawan muda, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 32, yang sebelum ini terkenal dengan aktiviti kebajikan termasuk bantuan yang disalurkan hingga ke negara China sekali lagi tampil memberi sumbangan ambulans kepada Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia.

Sumbangan ambulans keempat bernilai RM142,000 daripada ‘dermawan muda’ itu bagi membolehkan mereka yang tidak berkemampuan menggunakan ambulans secara percuma.

Jurucakap Yayasan Winner Emperor Sedunia, Excella Chong berkata, Pengasas Yayasan, Nicky Liow yang terkenal dengan sifat pemurahnya merasa terpanggil memberi sumbangan itu selepas melihat keperluannya di Puchong.

Menurutnya, sumbangan kemudahan itu diberikan kepada Persatuan CP Malaysia berikutan pihaknya difahamkan persatuan itu dalam usaha mencari dana bagi mendapatkan ambulans bagi membantu pesakit yang memerlukan.

“Kami difahamkan Kuan Chee Heng (Presiden CP Malaysia) sedang mencari dana untuk mendapatkan ambulans lagi bagi meneruskan bantuan jadi kami tampil untuk bantu.

“Ini adalah sumbangan ambulan keempat kepada pihak CP Malaysia. Kita faham tidak semua orang mampu membayar caj perkhidmatan ambulans jadi kami nak bantu komuniti,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan ambulans itu kepada Chee Heng yang juga dikenali sebagai Uncle Kentang di kompleks beli-belah IOI Mall Puchong, di sini.

Sementara itu, Chee Heng berkata, pihaknya kini mempunyai tujuh ambulans dan menyasarkan untuk mendapatkan tiga lagi untuk tujuan sama.

Sumbangan kenderaan itu katanya, membolehkan pihaknya memberi khidmat kepada orang miskin yang sakit dan pesakit terlantar secara percuma.

Artikel Berkaitan:

“Saya berterima kasih kepada pihak yayasan atas sumbangan ini dan dalam usaha melebarkan perkhidmatan ambulans ini ke lima lagi negeri termasuk Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

“Ini adalah keperluan kerana apa yang kami nampak, kita punya ramai doktor pakar tetapi terdapat kelompongan membawa pesakit miskin yang terlantar ke hospital. Jadi saya seru ahli korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk isi kelopongan dengan sediakan khidmat ambulans,” katanya.

Menurutnya, dengan mewujudkan perkhidmatan ambulans di negeri lain akan memudahkan untuk membawa pesakit kurang berkemampuan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Jantung Negara (IJN) atau Institut Kanser Negara (IKN) untuk mendapatkan rawatan.

“Saya dapati ramai yang alami kesukaran membayar kos ambulans untuk dapatkan rawatan di hospital di Kuala Lumpur. Jadi kita harap supaya dapat sediakan kemudahan ini di lima negeri ini dalam masa terdekat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!