Yang Berhormat yang tidak dihormati rakyat

No Image Caption
A
A
A

PARLIMEN adalah badan perundangan bagi kerajaan Persekutuan untuk melulus dan meminda undang-undang serta menggubal apa jua dasar-dasar kerajaan.

Ketika Parlimen bersidang, kita kerap mendengar istilah ‘Dewan yang mulia’. Ini bermakna Parlimen mempunyai kedudukan tersendiri yang perlu disanjung.

Disebabkan Parlimen begitu penting dan mulia, maka wakil-wakil rakyat yang dipilih juga perlu diberi penghormatan yang tinggi dan terpuji. Atas sebab itulah mereka digelar sebagai ‘Yang Berhormat’.

Malangnya, apabila melihat sikap Yang Berhormat (tidak kira daripada kerajaan atau pembangkang) ketika menyertai sesi perbahasan dalam Dewan, kita rasa gelaran sebagai ‘Yang Berhormat’ memang tidak padan dengan status mereka.

Setiap kali Parlimen bersidang, tentu akan berlaku pertikaman lidah antara wakil-wakil kerajaan dengan pembangkang.

Tidak salah mempunyai pendapat berbeza mengenai sesuatu isu tetapi janganlah kerana tidak mahu mengalah, mereka sanggup lupa siapakah diri mereka sebenarnya. Mereka bukan bertukar-tukar pendapat, sebaliknya berbalas dengan kata-kata kurang sopan, ejekan malahan berbaur kesat dan bersifat perkauman.

Baru-baru ini, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azizan Azhar Harun mengingatkan semua ahli Parlimen bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang mengeluarkan perkataan berbentuk hasutan, perkauman, biadab dan seksis ketika bersidang.

Katanya, semua whip parti di Parlimen telah sebulat suara memperbaharui komitmen mereka untuk mempertahankan peraturan-peraturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan:

Melihatkan segala tingkah laku dan kata-kata yang kurang elok ini, apakah kita perlu menghormati wakil-wakil rakyat yang bermulut celupar ini?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!