SKM perlu kukuhkan prestasi, produktiviti koperasi

Wan Junaidi (tengah) dan Nordin (depan, kiri) bersama wakil koperasi dari setiap negeri pada majlis HKM2020 di Bangi Selangor malam kelmarin.
Wan Junaidi (tengah) dan Nordin (depan, kiri) bersama wakil koperasi dari setiap negeri pada majlis HKM2020 di Bangi Selangor malam kelmarin.
A
A
A

SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) perlu mengukuhkan prestasi dan produktiviti gerakan koperasi selaras dengan Dasar Keusahawan Nasional 2030 (DKN2030) yang menyasarkan sumbangan perolehan koperasi sebanyak RM100 bilion menjelang 2030.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sasaran tersebut penting kerana sektor berkenaan dilihat berpotensi sebagai pemacu kepada pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif.

“Sehingga 31 Disember 2019, statistik merekodkan sebanyak 14,625 koperasi telah didaftarkan dengan kekuatan 6.09 juta anggota, modal dan yuran berjumlah RM15.39 bilion serta aset bernilai RM146.78 bilion. Dari segi pencapaian, gerakan koperasi telah berjaya menjana perolehan sebanyak RM45.79 bilion,” katanya pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Malaysia 2020 (HKM2020) di Bangi, Selangor malam kelmarin. Hadir sama, Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh.

Menurutnya, MEDAC juga sedang dalam peringkat akhir fasa pertama meminda Akta Koperasi 1993 supaya selari dengan hala tuju kerajaan bagi meningkatkan sumbangan koperasi kepada KDNK dan memastikan koperasi kekal relevan dan kompetitif kepada pembangunan negara.

Oleh yang demikian, katanya, SKM perlu mempergiatkan usaha untuk dalam mempromosi dan membudayakan koperasi bagi memberi kesedaran serta memupuk minat masyarakat menyertai gerakan berkenaan.

“Gerakan koperasi juga harus berani mengambil peluang untuk keluar dari kepompong keselesaan menjalankan aktiviti perniagaan tradisional kepada gerakan koperasi yang lebih kompeten, berani merebut pelbagai peluang perniagaan, meningkatkan kapasiti pengetahuan menerusi kreativiti dan inovasi bersesuian normal baharu,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 14 koperasi dari seluruh negara telah menerima Anugerah Koperasi Terbaik Peringkat Negeri bagi 2019.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!