Kaki tersepit mangkuk tandas

Kaki remaja yang tersepit di mangkuk tandas berjaya dikeluarkan anggota bomba. - Foto JBPM
Kaki remaja yang tersepit di mangkuk tandas berjaya dikeluarkan anggota bomba. - Foto JBPM
A
A
A

SUNGAI PETANI - [DIKEMASKINI] Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) berdepan detik cemas apabila kaki kanannya tersepit di mangkuk tandas dalam kejadian di Taman Sri Wang, kira-kira 6.30 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihak bomba yang dihubungi bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani menjalankan operasi itu dengan mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

"Bomba menerima panggilan pada jam 6.46 petang dan tiba ke lokasi pada jam 6.50 petang dengan kekuatan anggota seramai lapan orang termasuk pegawai," katanya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mat Puad Ghazali itu mengambil masa selama 10 minit dan tamat sepenuhnya pada jam 7.10 petang.

Mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!