FAM disaran wujud tabung bantu bekas pemain
Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus berkata, pihaknya menyambut baik sekiranya perkara itu menjadi realiti pada masa depan yang secara tidak langsung meringankan beban ditanggung golongan berkenaan.
“Ramai bekas pemain atau legenda bola sepak yang kita tak tahu perkhabaran terkini mereka dan bagaimana kehidupan mereka hari ini.
“Sebelum ini YAKEB (Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan) ada laksanakan perkara sedemikian, dan pada pandangan saya, memang bagus kalau FAM dapat buat perkara yang sama,” katanya pada program Meet & Greet Khalid Jamlus di Kafe Bunda, Country Heights, Kajang, kelmarin.
Sementara itu, Khalid berkata, penubuhan yayasan atau tabung berkenaan memerlukan kerjasama serta bantuan setiap persatuan bola sepak negeri.
Katanya, kerjasama itu adalah bagi memudahkan lagi FAM untuk mengesan golongan bekas pemain.
“Perkara ini memerlukan bantuan kerjasama semua negeri kerana kita tidak tahu di mana mereka berada.
“Jadi kerjasama persatuan bola sepak negeri diharap boleh membantu usaha mengesan mereka ini,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!