Amanah pecat ADUN Sabak
KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Selangor, Ahmad Mustain Othman atas kesalahan melanggar disiplin sebagai ahli parti.
Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Tatatertib parti itu semalam setelah mendapati Ahmad Mustain melanggar Fasal 21.12 perlembagaan parti tersebut.
"Pemecatan itu selaras dengan Fasal 21.8 perlembagaan parti Amanah yang memberi kuasa kepada Lembaga Tatatertib untuk memecat mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin dan arahan parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!