Benjolan di leher wartawan rupanya kanser

Victoria Price berkongsi pengalaman disahkan kanser selepas ditegur penonton. - Foto Twitter Victoria Price
Victoria Price berkongsi pengalaman disahkan kanser selepas ditegur penonton. - Foto Twitter Victoria Price
A
A
A

FLORIDA - Selepas ditegur oleh penonton mengenai benjolan pada leher, seorang wartawan dari Florida, Amerika Syarikat, terus membuat pemeriksaan di hospital dan rupanya benjolan itu adalah kanser.

Victoria Price bekerja di WFLA News, mengucapkan terima kasih kepada penonton berkenaan yang menyedari perubahan pada lehernya lalu menghantar e-mel dengan mendesaknya untuk mendapatkan rawatan, lapor BBC.

"Saya menerima e-mel bulan lalu, sebaik dimaklumkan, saya sedari ada perubahan pada leher.

"Saya telah mengambil cuti untuk menjalani rawatan tersebut. Hasil pemeriksaan, doktor memberitahu tumor tersebut merupakan kanser dan dia perlu menjalani rawatan segera.

"Kanser tersebut sedang merebak namun boleh dikawal dengan rawatan," ciapnya.

Menerusi kenyataan yang dikongsi di Twitter, Victoria mengakui terlalu sibuk terutama sejak wabak koronavirus (Covid-19) melanda negara dan memerlukannya membuat liputan tanpa henti.

"Saya bekerja keras tanpa mengira masa, hingga lupa mengenai tahap kesihatan.

"Sehinggalah, saya menerima satu e-mel daripada penonton yang ternampak benjolan di bahagian leher," katanya.

Artikel Berkaitan:

Victoria juga menyarankan kepada orang ramai untuk melakukan pemeriksaan terutama pada leher dan jika ada perubahan mendadak, segera menerima rawatan di hospital.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!