Diskaun 70 peratus saman JPJ, SPAD

Wee Ka Siong - Foto Bernama
Wee Ka Siong - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA- Kementerian Pengangkutan (MOT) menawarkan diskaun 70 peratus bagi saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menterinya, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, tawaran yang bermula dari 1 sehingga 31 Ogos itu diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

"Sebanyak 70 peratus pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengurangan saman itu dilaksanakan di semua pejabat JPJ (negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

"Bagi kesalahan yang disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan atau negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!