BANDA ACEH - Dua orang wanita disebat secara terbuka selepas didapati bersalah menawarkan perkhidmatan seks dalam talian di Aceh semalam. Ketua Agensi Syariah Islam Langsa, Aji Asmanuddin berkata, kedua-dua suspek ditangkap pada bulan Mac bersama lima lagi pekerja seks yang juga berdepan hukuman sebat jika didapati bersalah melanggar undang-undang Islam. Hukuman itu dilaksanakan di Langsa, di mana masing-masing menerima hampir 100 sebatan. Hukuman secara terbuka itu turut disaksikan puluhan orang awam walaupun telah dilarang bagi mengelak penularan wabak koronavirus (Covid-19). Katanya, kes tersebut merupakan kejadian pertama dikesan di Langsa tetapi pihaknya percaya terdapat banyak aktiviti perkhidmatan seks dalam talian yang masih berleluasa. Aceh yang terletak di hujung barat Sumatera adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang majoriti rakyatnya beragama Islam, yang menerapkan hukum Islam. - AFP