Lelaki ditahan panjat pagar mahkamah
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai cuba menceroboh masuk Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, dengan memanjat pagar di pekarangan kompleks ditahan polis.
Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 6.15 petang.
Bagaimanapun, tujuan lelaki berkenaan bertindak sedemikian masih belum dapat dipastikan dan lelaki itu mendakwa dia adalah seorang penulis buku.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy mengesahkan penahanan lelaki tersebut.
"Lelaki itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut," katanya.
Lelaki yang memakai baju T warna merah jambu itu dibawa menaiki kereta peronda polis (MPV) dengan diiringi beberapa anggota polis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!