Mangsa mungkin dipukul sebelum lemas: Polis

Muhammad Azizul Roslan
Muhammad Azizul Roslan
A
A
A

IPOH - Punca kematian seorang pemancing yang ditemui terapung di sebuah lombong di Kawasan Perindustrian Kanthan 1, Kanthan Baru, semalam adalah disebabkan lemas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, bedah siasat yang dijalankan pada jam 9.30 pagi, hari ini mendapati ada lumpur dalam salur nafasnya.

"Selain itu terdapat kesan lebam atau pendarahan di dagu, mata kiri dan otot kanan dada disyaki disebabkan objek tumpul seperti kayu, batu, besi, tumbukan atau sepakan," katanya.

Menurutnya, ada kemungkinan mangsa dipukul sebelum jatuh atau dicampakkan ke dalam kolam air itu.

"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemancing ditemui mati terapung dengan kesan jerut

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!