Kami kecewa namun tidak akan mengalah: Nooryana Najib

Najib tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan diiringi pengawal keselamatan, pimpinan UMNO dan penyokong beliau semalam. Gambar kiri: Nooryana
Najib tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan diiringi pengawal keselamatan, pimpinan UMNO dan penyokong beliau semalam. Gambar kiri: Nooryana
A
A
A

SHAH ALAM - "Kami kecewa namun kami tidak akan mengalah". Demikian kata-kata semangat anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa kepada penyokong Ahli Parlimen Pekan itu yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta semalam.

Menurutnya, walaupun kecewa, semangat keluarganya tidak pernah luntur.

"Ini bukan penghujungnya. Kami kecewa tetapi tidak akan mengalah.

"Hari ini adalah hari yang lain dan hari lain membawa kemungkinan yang tidak berkesudahan...jika semangat kami tidak luntur, Insya-ALLAH,” katanya menerusi catatan ringkas di Instagram Stories miliknya hari ini.

Hantaran Nooryana menerusi Instagram Stories miliknya hari ini.
Hantaran Nooryana menerusi Instagram Stories miliknya hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong setelah melalui apa yang dianggapnya sebagai '48 jam paling lama dan penuh emosi.'

Dalam pada itu, Nooryana berkata, beliau akan ke mahkamah hari ini untuk menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan kes itu kerana dirinya dan abangnya adalah penjamin Najib dalam kes SRC International.

Semalam, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Artikel Berkaitan:

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!