Duit LAP, duit rakyat

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

"DUIT LAP juga adalah duit rakyat,"

Itu reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi mengulas penurunan penajaan daripada pihak Lembaga Air Perak (LAP) berjumlah RM8 juta ke RM2 juta kepada skuad bola sepak Perak musim ini.

Ahmad Faizal yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata, logo LAP juga tidak dipaparkan pada jersi terbaharu skuad The Bos Gaurus itu yang bakal dilancarkan Sabtu ini.

Bagaimanapun menurutnya, ada dua mesej baharu yang bakal tertera pada jersi skuad Kejor Yeop Skor itu nanti.

"Selain logo pasukan, jersi baharu pasukan Perak akan turut menampilkan mesej 'quit smoking' serta 'save water.'

"Tujuan kita letak mesej-mesej ini untuk tunjukkan kepada ramai agar bila orang nampak dan baca mesej yang baik," katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian ketika sesi temu bual di konti Perak FM, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!