Ahli Parlimen gesa Jho Low dibawa pulang segera

Jho low
Jho low
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wakil pembangkang mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan ketegasan kerajaan untuk menangkap ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low.

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) berkata, selepas hukuman dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersabit menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC), kini sudah tiba masanya pula kerajaan menangkap Jho Low.

"Sekarang, bekas Perdana Menteri (Najib) dah kena (hukuman), yang belum kena lagi ni Jho Low.

“Sampai hari ini, inilah Jho Low tok dalang nombor wahid (satu) yang belum lagi kerajaan tangkap atau bekerjasama dengan mana-mana badan dunia, yang telah mengkhianati negara ini dengan merompak hasil kekayaan negara dan rakyat," katanya pada sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Susulan kenyataan Shamsul Iskandar itu, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangkit mencelah dengan bersetuju supaya Jho Low yang dikaitkan dengan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangkap.

"Bukan Jho Low saja. Ada beberapa orang lagi yang lari, pelbagai bangsa lari akibat daripada menipu mereka lari.

“Yang Melayu pun ada, Nik Faisal misalnya dan beberapa orang lagi yang lari...bukan hanya Jho Low.

“Jadi, semua itu sepatutnya kena bawa balik Malaysia, tangkap dan pastikan mereka nyatakan apa yang benar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kelmarin dilaporkan berkata, ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low sah berada di Macau serta dikesan bebas bergerak di Hong Kong.

Katanya, individu buruan kerajaan Malaysia itu mendapat perlindungan China.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!