Atasi stres pelajar melalui komunikasi dari rumah

Dr Mimi Fitriana Zaini
Dr Mimi Fitriana Zaini
A
A
A

SHAH ALAM - Komunikasi dalam rumah menjadi aspek terpenting yang perlu diberi perhatian ibu bapa bagi menghindari risiko tekanan dihadapi golongan pelajar.

Pakar Psikologi Remaja Universiti UCSI, Dr Mimi Fitriana Zaini berkata, selaku orang yang lebih dewasa, ibu bapa merupakan individu paling layak mendekati anak-anak dengan cara komunikasi.

Menurutnya, ia perlu diambil sebagai komitmen berterusan tanpa memberi ruang kepada anak-anak terasa dipinggirkan.

"Komunikasi adalah satu cara yang alami. Ibu bapa sepatutnya kerap...walaupun kita sibuk, kita kena selalu beri masa yang komited kepada anak-anak.

"Kalau tidak, pemerhatian kita kepada anak-anak akan hilang dan di situ punca tekanan sebab mereka merasa tidak difahami oleh ibu bapa masing-masing dan kebimbangan mereka akan jadi lebih kerap.

"Ini akan bawa kepada ketidakstabilan fizikal dan mental dan akan jejaskan pemikiran masa hadapan dan pada masa itu," katanya selaku penalis Wacana 183 bertajuk: Budak sekolah pun ada stres? di Studio F, Karangkraf di sini semalam.

Mimi Fitriana berkata, isu stres dalam kalangan pelajar umpama 'iceberg' yang memerlukan teknik untuk merubah bentuknya yang keras.

Katanya, selain di rumah orang dewasa di sekolah juga boleh berperanan.

Artikel Berkaitan:

"Adakah dari rumah atau dari sekolah. Dua konsep ini sangat membantu kita untuk tahu lebih dalam lagi apa sebenarnya yang terjadi kepada seseorang pelajar.

"Dalam konsep 'iceberg', ia keras dan tidak akan berubah apabila tiada teknik untuk kita hancurkan ais itu. Jadi sebab itu orang dewasa atau di sekolah kita kena sentiasa peka.

"Salah faham apa yang pelajar tu rasa dan apa yang orang dewasa melihatnya. Ia akan jadi bertentangan dan di situ stres berlaku," katanya.

Katanya, ibu bapa perlu mengambil manfaat daripada pandemik koronavirus (Covid-19) sebagai kesempatan mengubah diri masing-masing untuk lebih memahami anak-anak.

"Tak perlu ada emosi dalam keluarga. Yang perlu adalah kefahaman dan komunikasi. Fungsi paling penting dalam keluarga adalah ibu bapa kerana kita sebagai orang dewasa.

"Anak- anak perlu diberi perhatian untuk kita ambil input mereka dan sebagai ibu bapa kita juga kena sedia untuk dikritik," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!